Salam
dan salam sejahtera semua,
Untuk
makluman semua, SALAM dan CIMB Community Link secara bersama telah
menjalankan beberapa Program Motivasi Bimbingan Kasih ( BINGKAS ) seperti di
Hulu Langat Selangor, Kuching Sarawak, Langkawi Kedah, Kangar Perlis dan
Sg.Petani Kedah.
dalam tempoh terdekat ini SALAM
akan melaksanakan program ini di Kuala Sepetang Perak, Pulau Kundor Kelantan,
Pauh Lima Kelantan, Balik Pulau Pulau Pinang dan Kukup Pontian Johor.
SALAM mengalu-alukan penyertaan
sukarelawan untuk menjadi fasilitator, khususnya ;
1) SK Pulau Kundor, Kelantan (18
Jun-20 Jun 09)
2) SK Pauh Lima, Kelantan (25
Jun-27 Jun 09)
3) SK Pulau Betong & Jelutong,
P.Pinang (10 Jul-12 Jul 09)
Antara Ciri-ciri
Fasilitator yang diperlukan sepanjang prog ;-
-
Kemas dari segi penampilannya
Lelaki -
rambut pendek, berbaju kemeja @ T-Shirt berkolar & tidak berseluar
jeans
Perempuan
- digalakkan, berbaju kurung @ blaus / T-shirt yang longgar dan tidak seksi &
tidak berseluar jeans
*** bersesuaian dengan imej fasilitator yang bersifat mendidik, memimpin dan
menjadi contoh kepada peserta program
Dialu-alukan sesiapa
sahaja untuk menjadi fasilitator, BINGKAS berkonsepkan kecemerlangan
akademik dan jati diri. kita menumpukan kepada
peserta tahun 6 / 5 dari
sek keb.
- Berpengalaman, boleh
menerima dan berkongsi ilmu
- Boleh bertolak ansur ,
mempunyai semangat kerjasama dan kesukarelaan yg tinggi
- Berdisiplin dan
menepati masa
Hubungi Zakiah di talian 03-79584021, 012-2634235 atau email -
zakiah@salam.org.my untuk maklumat
lanjut.
Home