picture

My Ole - Ole
Volunteer initiative...

Projek My Ole - Ole awalnya dilaksanakan di Sarawak pada tahun 2010 sehingga projek ini telah berkembang di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah. Projek ini secara keseluruhan telah dirancangkan oleh sukarelawan SALAM. Ia bertujuan membantu mengumpulkan makanan kering dan tahan lama untuk diedarkan kepada golongan-golongan yang memerlukan.

 

Projek ini telah dirintis dengan jayanya oleh SALAM Sarawak dan telah menyumbangkan makanan kering dan tahan lama kepada 85 buah keluarga ketika musim perayaan pada tahun 2009 dan diikuti pada tahun 2010 hingga 2013 khusunya di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Kedah seramai 1687 keluarga telah menerima sumbangan. Projek ini di sokong dengan penglibatan aktif komuniti setempat di dalam memberi sumbangan dan salurkan kepada golongan yang memerlukan melalui SALAM.

 

 

Objektif

  1. Mengumpulkan makanan - makanan kering dan tahan lama untuk diagihkan pada golongan sasaran khususnya musim perayaan di Malaysia.
  2. Menamakan budaya prihatin masyarakat untuk membantu golongan kurang berkemampuan.
  3. Memupuk semangat menderma dalam kalangan masyarakat.
  4. Memberi kepuasan kepada individu yang memberi sumbangan.
  5. Membantu dan meringankan beban komuniti yang memerlukan melalui SALAM.

Infomasi My Ole - Ole

 

Proses pengumpulan yang lebih di kenali sebagai Food Bank bermula dari program promosi yang dilaksanakan di pasaraya yang telah dipilih untuk mendapatkan sumbangan barangan kering dan tahan lama dari pengunjung yang membeli belah di pasaraya tersebut. Selain itu promosi juga dilaksanakan kepada sektor korporat dan agensi kerajaan.

 

 

 

Rakan kerjasama dan agensi yang terlibat

  1. Pasaraya di sekitar Lembah Klang
  2. Individu dan agensi-agensi kerajaan, swasta dan lain-lain
  3. Media seperti Berita Harian, Harian Metro, Sinar Pantai Timur dan Sinar Utara.

 

 

 

picture

Social Network picture picture picture   picture picture

 

 

Contact

Phone: +603-79584021
Fax: +603-79584031
Site: www.salam.org.my
Email: info@salam.org.my
Address: No 22, Jalan Changgai 6/22, 46200, Petaling Jaya, Selangor., Malaysia.