Civil Defence Auxiliary (CDA) / Yayasan Salam Malaysia

CIVIL DEFENCE AUXILIARY MEMBER (CDA) Berdasarkan Akta 221 Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mempunyai tiga komponen utama iaitu Regular Member (Pegawai Tetap), Volunteer Member of the Force (Sukarelawan) dan Auxiliary Member of the Force (Ahli/Pasukan Bantuan). APM juga dilengkapkan lagi dengan dua lagi elemen iaitu Kor kadet Pertahanan Awam (Tunas, Kadet Sekolah, Pasukan Institusi, Kor Siswa Siswi) dan Pegawai Lantikan Pertahanan Awam (Pegawai Kehormat & Pegawai Bersekutu. PENUBUHAN CIVIL DEFENCE AUXILIARY MEMBER(CDA) Pewujudan Civil Defence Auxiliary Member (CDA) dapat menzahirkan dan memperkasakan lagi elemen Auxiliary Member dengan menyediakan platform kepada mana-mana organisasi yang kompeten tidak kira dari badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan termasuk mana-mana juga individu yang kompeten untuk sama-sama berkhidmat dan berbakti kepada negara melalui bantuan latihan, bantuan kepakaran dan bantuan pelbagai kepada APM ataupun kepada mana-mana entiti mahupun rakyat yang memerlukan sesuai dengan APM sebagai sebuah agensi kesiapsiagaan awam, pengurusan bencana dan perkhidmatan kecemasan negara. Tiga (3) skop bantuan utama CDA iaitu :
  1. Skop Latihan (Cth: Latihan Generik/ Umum atau Latihan Fungsional)
  2. Skop Kepakaran (Cth: IT & Telekomunikasi, Mekanikal & Elektrikal, Logistik, Medikal & Kesihatan, Penyelamatan, Civil & Geologikal, dan Media)
  3. Skop Pelbagai (Cth: Pengurusan Kem & Pusat Perlindungan, WASH, Makanan, Khidmat Kemanusiaan, dan Lain-Lain)
MEKANISME CIVIL DEFENCE AUXILIARY MEMBER (CDA) Pengurusan CDA adalah terdiri daripada 12 Kluster pecahan yang fokus kepada perkara dan kepakaran bantuan khusus tertentu seperti berikut:
KOD KLUSTER BIDANG KOD KLUSTER BIDANG
CDA01 CDA-ARD Advisory , R & D & Governance CDA07 CDA-PSS Kaunseling/ Psychology First Aid (PFA), Kerohanian, Khidmat Sosial
CDA02 CDA-LOGS Logistik & Rantaian Bekalan CDA08 CDA-ERT (CDERT) Pasukan Tindak Balas Kecemasan Awal
CDA03 CDA-TRAINING Latihan CDA09 CDA-COM Media/ IT/ Telekomunikasi
CDA04 CDA-SHELT Pusat Perlindungan CDA10 CDA-HUMSERV Khidmat Kemanusiaan
CDA05 CDA-GMECS Geologi, Mekanikal, Elektrikal, Civil & Struktur CDA11 CDA-RESQ Penyelamatan
CDA06 CDA-MED Medikal & Kesihatan CDA12 CDA-NATSC Ilmu Alami (Ilmu Alternatif cth: Perubatan Alternatif, Ilmu Alami Dll)
  PERMOHONAN PENDAFTARAN CIVIL DEFENCE AUXILIARY MEMBER (CDA) Pendaftaran CDA hendaklah melalui Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) / Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA).  

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan lanjut, sila Hubungi : Ahmad Hasni Mohamed Jalilah Director,Strategic & Planning Yayasan Salam Malaysia No Tel : 013 – 3434348 Email : cda@salam.org.my