CIVIL DEFENCE AUXILIARY MEMBER (CDA)
Berdasarkan Akta 221 Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
mempunyai tiga komponen utama iaitu Regular Member (Pegawai Tetap), Volunteer Member of the Force
(Sukarelawan) dan Auxiliary Member of the Force (Ahli/Pasukan Bantuan). APM juga dilengkapkan lagi dengan
dua lagi elemen iaitu Kor kadet Pertahanan Awam (Tunas, Kadet Sekolah, Pasukan Institusi, Kor Siswa Siswi)
dan Pegawai Lantikan Pertahanan Awam (Pegawai Kehormat & Pegawai Bersekutu.
PENUBUHAN CIVIL DEFENCE AUXILIARY MEMBER(CDA)
Pewujudan Civil Defence Auxiliary Member (CDA) dapat menzahirkan dan memperkasakan lagi elemen
Auxiliary Member dengan menyediakan platform kepada mana-mana organisasi yang kompeten tidak kira
dari badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan termasuk mana-mana juga individu yang kompeten
untuk sama-sama berkhidmat dan berbakti kepada negara melalui bantuan latihan, bantuan kepakaran dan
bantuan pelbagai kepada APM ataupun kepada mana-mana entiti mahupun rakyat yang memerlukan sesuai
dengan APM sebagai sebuah agensi kesiapsiagaan awam, pengurusan bencana dan perkhidmatan kecemasan
negara.
Tiga (3) skop bantuan utama CDA iaitu :
PERMOHONAN PENDAFTARAN CIVIL DEFENCE AUXILIARY MEMBER (CDA)
Pendaftaran CDA hendaklah melalui Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) / Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA).
- Skop Latihan (Cth: Latihan Generik/ Umum atau Latihan Fungsional)
- Skop Kepakaran (Cth: IT & Telekomunikasi, Mekanikal & Elektrikal, Logistik, Medikal & Kesihatan, Penyelamatan, Civil & Geologikal, dan Media)
- Skop Pelbagai (Cth: Pengurusan Kem & Pusat Perlindungan, WASH, Makanan, Khidmat Kemanusiaan, dan Lain-Lain)
KOD | KLUSTER | BIDANG | KOD | KLUSTER | BIDANG |
CDA01 | CDA-ARD | Advisory , R & D & Governance | CDA07 | CDA-PSS | Kaunseling/ Psychology First Aid (PFA), Kerohanian, Khidmat Sosial |
CDA02 | CDA-LOGS | Logistik & Rantaian Bekalan | CDA08 | CDA-ERT (CDERT) | Pasukan Tindak Balas Kecemasan Awal |
CDA03 | CDA-TRAINING | Latihan | CDA09 | CDA-COM | Media/ IT/ Telekomunikasi |
CDA04 | CDA-SHELT | Pusat Perlindungan | CDA10 | CDA-HUMSERV | Khidmat Kemanusiaan |
CDA05 | CDA-GMECS | Geologi, Mekanikal, Elektrikal, Civil & Struktur | CDA11 | CDA-RESQ | Penyelamatan |
CDA06 | CDA-MED | Medikal & Kesihatan | CDA12 | CDA-NATSC | Ilmu Alami (Ilmu Alternatif cth: Perubatan Alternatif, Ilmu Alami Dll) |